PEMBAHAGIAN NAJIS

Najis Mukhaffafah (ringan)

Najis Mukhaffafah ialah air kencing kanak-kanak lelaki yang masih belum berumur 2 tahun yang tidak makan apa-apa kecuali susu ibunya sahaja.

CARA MENYUCIKAN
Memadai dengan hanya memercikkan sahaja air ke atas najis tersebut sehingga rata.

Najis Mutawassitah (pertengahan)

Najis Mutawassitah atau najis pertengahan ialah selain daripada najis mukhaffafah dan mughallazah seperti:
  1. Darah 
  2. Nanah 
  3. Muntah 
  4. Tahi 
  5. Air kencing.  
  6. Wadi(air yang keluar daripada kemaluan orang yang bekerja berat.  
  7. Bangkai 
  8. Mazi(air yang keluar daripada kemaluan lelaki mahupun wanita semasa naik syahwat).  
  9. Cecair yang memabukkan.  
  10. Susu dan mani binatang yang tidak halal dimakan.

Ketiga-tiganya hendaklah dihilangkan tetapi sekiranya setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh masih tidak hilang maka tidaklah diwajibkan meneruskannya lagi kerana Allah SWT tidak memberati seseorang,  kecuali sekadar yang termampu olehnya.

CARA MENYUCIKAN
Najis Mutawas sitah hendaklah dicuci dengan air mutlak dengan menghilangkan tiga perkara seperti berikut: 
  1. Ainya zatnya warnanya.  
  2. Baunya.  
  3. Rasanya.


Darah Sembelihan
Darah yang terdapat di dalam daging yang dianggap sebagai najis ialah darah yang mengalir.  Sekiranya tidak mengalir,  darah itu tidak dikira najis.  Umpamanya,  bagi binatang sembelih an,  darahnya masih mengalir.  Tetapi darah yang masih berada di dalam daging yang tidak mengalir,  setelah binatang sembelihan tidak bernyawa lagi tidak dikira najis

Najis Mughallazah (berat)

Najis Mughallazah ialah najis berat iaitu najis babi dan anjing.  Segala perkara yang ada hubungannya dengan kedua-dua binatang tersebut seperti tahi,  kencing,  daging,  kulit dan sebagainya dikira sebagai najis mughallazah.  Ini termasuk juga anak yang lahir salah satu daripadanya. 

CARA MENYUCIKAN
Apabila seseorang terkena tahi atau tersentuh kulit binatang tersebut,  hendaklah ia membasuhnya sebanyak 7 kali.  Salah satu daripada tujuh basuhan itu hendaklah air yang dicampurkan dengan tanah.  Sebelum itu hendaklah dihilangkan tiga perkara sebagaimana yang telah diterangkan dahulu iaitu warna,  bau dan rasanya.

1 Kali Air Tanah

6 Kali Air Bersih


Menyentuh Anjing dan Babi
Menyentuh kulit anjing yang kering dengan tangan yang kering tidak dikira najis.  Apabila salah satunya basah,  maka dikira najis.  Tetapi hal ini berbeza dengan dengan babi.  Kulit babi yang disentuh tetap dikira najis walaupun kering.
PEMBAHAGIAN NAJIS PEMBAHAGIAN NAJIS Reviewed by Unknown on 20:30:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.