PEMBAHAGIAN AIR
Sebelum bab bersuci disentuh dengan lebih lanjut, elok rasanya dimulakan dengan menerangkan tentang pembahagian air yang boleh dan tidak boleh dibuat bersuci, begitu juga air yang harus diminum dan sebaliknya.
Air dibahagikan kepada 4 Jenis:
Air Mutlak (Air yang suci lagi menyucikan)
Air yang boleh diminum dan boleh pula dibuat bersuci sama ada beristinjak, berwuduk, mandi hadas membasuh najis ataupun sebagainya. Air yang dimaksudkan ialah air mutlak iaitu air yang benar-benar tulen yang tidak bercampur dengan benda-benda lain sama ada yang bersih seperti minyak wangi, kopi, susu atau lainnya ataupun bercampur dengan benda-benda najis. Apabila air tulen yang lebih daripada dua qullah(230 liter) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubah nama atau sifat air, maka air itu masih lagi dianggap sebagai mutlak. Tetapi sekiranya berubah sama ada bau, rasa atau warna, maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci.Sebagai contoh ialah memasukkan kopi ke dalam air mutlak maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci tetapi hanya boleh diminum sahaja. Sekiranya air tersebut kurang daripada dua kolah dan dimasukkan pula sesuatu(sama ada berubah atau tidak), maka air tersebut tidak lagi boleh dibuat bersuci Sebagai contoh apabila nama air itu telah berubah menjadi air teh, air tersebut tidak boleh dibuat bersuci.
Air Mustakmal (Air yang suci tetapi tidak menyucikan)
Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil(berwuduk) ataupun hadas besar(mandi wajib). Ini bererti air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua qullah. Maka air itu dikira mustakmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci. la hanya boleh dibuat minum atau makan atau membasuh benda-benda yang bukan najis sahaja. Begitu juga sekiranya air basuhan wajib menitis ke dalam air yang tidak sampai dua qullah, ia dikira mustakmal.
Air Musyammas (Air yang makruh digunakan)
Air mutlak tetapi terjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai karat dan digunakan pula ketika air masih panas. Walau bagaimanapun, di negara kita Malaysia tidak menjadi makruh kerana darjah panasnya tidak setinggi seperti di negara-negara Timur Tengah, India dan Pakistan.
Air Mutanajis (Air yang mengandungi najis)
Air yang kurang daripada dua qullah dimasuki oleh najis sama ada air itu berubah ataupun tidak, dikenali sebagai mutanajis. Begitu juga sekiranya air yang lebih daripada dua qullah dimasuki najis lalu air itu berubah rasa, bau atau warnanya, maka air itu tidak boleh dibuat bersuci atau diminum.
7 Jenis Punca Air:
![]() |
Air Mata Air |
![]() |
Air Sungai |
![]() |
Embun |
![]() |
Air Hujan |
![]() |
Air Laut |
![]() |
Salji |
![]() |
Air Perigi |
PEMBAHAGIAN AIR
Reviewed by Unknown
on
19:24:00
Rating:

No comments: