MEMOHON PETUNJUK DARIPADA ALLAH
Setiap kali kita menunaikan solat, kita akan memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk jalan yang lurus.
Tetapi, apakah kita tahu apa itu yang dimaksudkan dengan "jalan yang lurus"?.
Mari kita selidiki apa yang ditafsirkan oleh Almarhum Prof Dr Hamka di dalam tafsir al quran agungnya iaitu Tafsir Al Azhar.
Firman Allah SWT :
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
[Surat Al-Fatihah 6]
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
[Surat Al-Fatihah 6]
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"
Menurut sesetengah ahli tafsir, perlengkapan menuju jalan yang lurus yang dipohon kepada Allah itu ialah seperti berikut.
1) Al-Irsyad - Ertinya agar dianugerahi kecerdikan dan kecerdasan sehingga dapat membezakan antara yang salah dengan yang benar.
2) At-Taufiq - Iaitu bersesuaian hendaknya dengan apa yang direncanakan oleh Tuhan.
3) Al-Ilham - Iaitu agar diberi petunjuk supaya dapat mengatasi sesuatu kesulitan.
4) Ad-Dilalah - Ertinya ditunjukkan dalil dalil dan tanda tanda dimana tempat yang berbahaya, dimana yang tidak boleh dilalui dan sebagainya.
Menurut riwayat Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, menurut beliau yang dimaksudkan dengan meminta ditunjuki jalan yang lurus ialah memohon ditunjuki agamaMU yang benar.
[Tafsir Al Azhar - Prof Dr Hamka]
MEMOHON PETUNJUK DARIPADA ALLAH
Reviewed by Unknown
on
23:52:00
Rating:

No comments: