ISTINJAK

Istinjak ialah menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepas membuang air kecil atau air besar. 

HUKUM BERISTINJAK
Hukumnya wajib sama ada dengan air atau dengan batu tetapi menggunakan kedua-duanya sekali adalah lebih afdal(baik).

BERISTINJAK DENGAN BATU

Beristinjak dengan batu atau dengan alat-alat lain yang keras seperti kulit kayu atau sebagainya begitu jarang diamalkan kerana kemudahan air yang meluas di Malaysia.  Walau bagaimanapun,  kadangkala terpaksa menggunakan batu,  jika berlaku kemarau atau air sukar diperolehi. Beristinjak dengan batu hendaklah(wajib)  dengan cara tiga kali sapu walaupun dengan menggunakan batu yang sama tetapi menggunakan tiga penjuru.  Sekiranya masih belum bersih wajiblah diulang sehingga benar-benar bersih.




SYARAT SYARAT BERISTINJAK MENGGUNAKAN BATU
1 Najis itu tidak beralih dari tempat asal.
2 Najis masih belum kering
3 Tidak ada benda-benda asing yang melekat di kemaluan

PERKARA SUNAT BERISTINJAK DENGAN BATU
1 Disunatkan beristinjak dengan bilangan ganjil sama ada tiga,  lima,  tujuh kali dan seterusnya. 
2 Disunatkan juga supaya menggunakan tangan kiri.

BERISTINJAK DENGAN AIR

Beristinjak menggunakan air samalah juga dengan menggunakan batu tadi iaitu dibersihkan sehingga hilang bau rasa,  zat dan warnanya.  Dalam hal ini,  memang menjadi masalah untuk mengetahuinya.  Oleh itu,  untuk memastikannya adalah dengan tangan anda.  Apabila dirasai kesat bermakna dubur(kemaluan belakang)  itu bersih.  Sebaik-baik sahaja selesai beristinjak,  maka disunatkan membaca:
"Ya Allah,  bersihkan hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kejelekan(kekotoran)."

Adab Beristinjak

Semasa melakukan istinjak kita dilarang menggunakan tangan kanan Apabila selesai melakukan istinjak dan ketika keluar dari tandas,  dahulukan kaki kanan untuk bergerak keluar dan memuji Allah yang telah menghilangkan penyakit.  Daripada Abu Zar bahawasanya Nabi SAW apabila sudah keluar dari tandas Baginda membaca:
"Segala puji bagi Allah yang telah membuangkan penyakit daripada diriku dan telah mengembalikan kesihatanku."(Riwayat Ibn Majah)
ISTINJAK ISTINJAK Reviewed by Unknown on 21:02:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.