KITARAN HAID WANITA




PENGERTIAN HAID

Haid ialah darah kotor yang keluar rahim perempuan yang bukan darah penyakit.

Tempoh Haid

Sekurang-kurangnya haid sehari semalam iaitu 24 jam.  Selama-  lamanya lima belas hari lima belas malam.  Kebiasaannya enam atau tujuh hari tujuh malam.  Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bersabda kepada Ham nah binti Jahsyin r,ha.:
Maksudnya: "Kamu haid adalah dalam pengetahuan Allah,  enam hari atau tujuh hari sebagaimana wanita wanita yang lain."
Haid berwarna merah kehitaman,  kuning tua atau berwarna coklat.  Sekiranya yang keluar itu berwarna maka tidaklah dipanggil haid dan perempuan itu bukannya mengandung.

Tempoh Suci

Tempoh suci ialah Tempoh haid paling sekejap satu hari satu malam,  dan tempoh yang paling lama ialah 15 hari 15 malam,  manakala tempoh biasanya ialah enam atau tujuh hari. Sekurang-kurangnya tempoh suci itu mesti 15 hari 15 malam,  ertinya antara dua haid mestilah 15 hari paling kurangnya tetapi tidak ada batasan tentang tempoh maksimumnya. 

Darah Penyakit
Sekiranya darah yang keluar melebihi daripada kebiasaan umpamanya,  melebihi maksimum haid seperti hari maka darah yang lebih itu dikira istihadah atau darah penyakit orang yang berdarah penyakit wajib menunaikan solat dan amalan amalan lain sebagaimana orang biasa juga.

Darah Nifas

Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan disebabkan melahirkan anak(bersalin)  Mazhab Syafi'i menyatakan bahawa darah nifas itu ialah darah yang keluar selepas selesai melahirkan anak,  tetapi sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya,  maka belum dikatakan darah nifas tetapi darah yang keluar itu dikira darah penyakit. Darah daripada rahim perempuan yang keguguran anak juga dipanggil nifas Tempoh sekurang-kurangnya satu lahzah(iaitu sedetik.  Kebiasaannya 40 hari dan tempoh maksimum 60 hari.  Maka tidaklah wujud 44 har sebagaimana kepercayaan orang Melayu.

PERKARA-PERKARA YAN DIHARAMKAN KETIKA HAID DAN NIFAS

  1. Solat(sembahyang)
  2. Membaca,  menyentuh dan membawa al-Quran
  3. Tawaf
  4. Puasa
  5. Bersetubuh
  6. Bercerai(orang haid sahaja)  Tetapi talaknya jatuh
  7. lktikaf(berhenti)  di dalam masjid
Masalah Haid/Nifas
Orang yang sedang haid nifas boleh membaca sedikit ayat al-Quran seperti basmalah dengan niat zikir Begitu juga beberapa ayat dalam kategori pendinding diri seperti ayat Kursi dan surah surah 3 Qul Selain itu,  tidak haram bagi seorang wanita yang haid melintasi masjid,  sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya daripada Aisyah r.ha.  bahawa dia berkata,  Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku Ambilkan untukku sejadah di masjid.  Lalu aku berkata: "Sesungguhnya aku dalam keadaan haid." Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya haidmu itu bukannya di tangan kamu." Al-Nasa'i pula meriwayatkan dari pada Maimunah r.ha.  bahawa dia berkata: "Salah seorang daripada kami bangun membawa sejadah ke masiid,  lalu dia menghamparkannya sedangkan dia dalam keadaan haid."

Darah Istihadah

Istihadah ialah darah yang keluar dari faraj perempuan bukan semasa haid atau nifas la disifatkan sebagai darah penyakit.  Tiap-tiap darah yang keluar dari rahim yang melebihi atau kurang daripada haid atau nifas maka darah itu dikira sebagai istihadah Perlu diingatkan bahawa perempuan yang darahnya keluar sebagaimana yang tersebut,  tidak dikenakan sebarang larangan seperti ke atas orang haid dan nifas Mereka hanya perlu sentiasa memperbaharui wuduk tatkala hendak mengerjakan ibadah solat dan lain lain yang diwajibkan berwuduk

Solat orang Beristihadah
Orang yang beristilhadah jika hendak perlu mengambil kira perkara perkara berikut:-

  1. Berwuduk hanya apabila telah masuk waktu solat setelah membersihkan darah berkenaan serta meletakkan sesuatu balutan terlebih dahulu,  lalu terus bersolat.  Dia tidak boleh menunggu melainkan untuk solat bergemaah.
  2. Mereka hanya boleh solat satu fardu dan beberapa solat sunat sahaja.
KITARAN HAID WANITA KITARAN HAID WANITA Reviewed by Unknown on 21:11:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.