MANDI WAJIB
Perkara-perkara yang Mewajibkan Mandi
- Bersetubuh (berjimak)
- Sama ada keluar air mani ataupun tidak. Perlakuan ini apabila bertemu dua khitan iaitu dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang disunatkan ke dalam faraj).
- Keluar Mani secara sengaja atau tidak sengaja
- Mati
- Haid
- Nifas (darah Yang diiringi selepas bersalin)
- Wiladah (bersalin)
Rukun Mandi Wajib
- Niat untuk Mengangkat Hadas Besar Lafas niatnya: "Aku berniat mandi besar untuk menghilangkan hadats besar fardhu karena Allah Taala."
- Membasuh Seluruh Anggota Badan Yang Zahir
- Wajib meratakan air ke seluruh anggota badan termasuklah rambut, bulu-bulu yang terdapat di anggota, kulit telinga yang di sebelah luar kemaluan perempuan yang zahir pada masa ia duduk membuang air kecil dan kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir semasa membuang air besar. Rambut yang terikat hendaklah diuraikan. Apabila air tidak kena pada salah satu daripada anggota badan maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.
Cara Mandi yang Baik
Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW. Al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud: "Apabila Nabi SAW mandi daripada janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Menurut riwayat Muslim, "Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya ke atas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya." Perempuan-perempuan yang mandi kerana hair sunat menggunakan sedikit kasturi atau benda lain yang agak wangi untuk membasuh dan membersihkan kesan-kesan darah dan bau yang tidak menyenangkan dengan cara melerakkan wangi wangian itu di atas kapas dan dicalit ke dalam faraj(kemaluan).
Peringatan
- Sekiranya terdapat najis di anggota badan maka wajiblah dibasuh najis itu terlebih dahulu.
- Mandi junub boleh dirangkumi dengan mandi sunat sekali.
- Setelah mandi hadas besar maka tidaklah lagi diwajibkan mengambil wuduk apabila hendak mengerjakan solat.
Cara-cara Mandi Wajib
Perkara Wajib
- Niat
- Membasuh seluruh badan yang zahir dengan air temasuk kulit atau rambut. Air herdaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya
Perkara Sunat
- Membasuh kedua-dua tangan di luar daripada bekas air.
- Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan.
- Berwuduk.
- Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala tiga kali.
- Membasuh bahagian kanan dulu kemudian kiri.
- Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota.
- Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak.
- Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk.
Jenis-jenis Mandi Sunat
- Mandi kerana hendak pergi solat Jumaat.
- Mandi dua hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
- Mandi selepas mandikan mayat
- Mandi selepas sembuh daripada penyakit gila.
- Mandi selepas berbekam
- Mandi kerana hendak ihram
- Mandi kerana hendak masuk kota Makkah.
- Mandi kerana hendak wuquf di Arafah.
MANDI WAJIB
Reviewed by Unknown
on
20:13:00
Rating:

No comments: