RINTIHAN SEORANG DA'I
Aku hanya pendakwah. Aku hanya mengingatkan apa yang telah sedia diketahui. Kerana pada ku, masalah umat ini bukan kerana tidak tahu tetapi kerana tidak mahu. Padaku tidak ada ilmu yang beribu. Hanya tahu satu... sampai satu. Untuk mengingatkan tidak perlu ijazah berjela-jela. Apakah kau perlu kelulusan untuk mengingatkan remaja di jalanan tentang keperluan untuk solat? Apakah kau perlukan ijazah untuk menyedarkan wanita tentang kepentingan menjadi solehah? Aku seorang Muslim yang cuba mencintai Allah dan RasululNya. Untuk itu aku perlu berdakwah...untuk membaiki diri dan menyeru orang lain. Setiap Muslim perlu cintakan agamanya. Untuk itu setiap Muslim adalah pendakwah. Kita umat dakwah. Berdakwahlah.... sampaikan dan ingatkan. Kemudian serahkan kepada ulama, syeikh, mursyid dan kepada para ustaz untuk tugasan yang lebih khusus dan berat sebagai langkah susulan. Kerja mu hanya mengingatkan, tugasmu hanya mewar-warkan, misi mu hanya mempromosikan... akan ada yang lebih arif, lebih ikhlas, lebih berilmu untuk membuat pengisian.
RINTIHAN SEORANG DA'I
Reviewed by Unknown
on
01:26:00
Rating:

No comments: