TAYAMUM



Tayamum ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan syarat syarat tertentu.

Syarat-syarat Tayamum
  1. Ketiadaan Air. (Semasa musafir setelah ia yakin benar-benar tiada air tanpa perlu mencari lagi.  Jika ia ragu-ragu,  kemungkinan air itu ada ataupun tidak,  maka wajib mencarinya dengan syarat aman daripada segala bahaya. Sekiranya diyakini untuk ke tempat mencari air itu menyebabkan habis waktu solat atau mungkin air dijual dengan harga yang tidak sepatutnya,  maka bolehlah ia bertayamum.  Jika punca air terlalu jauh,  maka tidak wajib mencarinya dan bolehlah bertayamum.) 
  2. Keuzuran Kerana Sakit.  (Tidak boleh menggunakan air sama ada menyebabkan penyakit lambat sembuh ataupun bertambah sakit.)
  3. Air Diperlukan untuk Keperluan yang Lebih Penting,  Air itu ada tetapi diperlukan untuk minuman atau keperluan binatang yang dihormati.
  4. Dilakukan Setelah Masuk Waktu.
  5. Tayamum hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat kerana tayamum itu darurat.
  6. Mengetahui Arah Kiblat yang Sebenar sebelum Bertayamum. 
  7. Menggunakan Debu Tanah yang Suci.
  8. Menggunakan debu tanah bersih lagi suci.  Kalau bercampur dengan tepung atau pasir,  tidak harus menggunakannya.

Rukun Tayamum
  1. Niat, lafaznya: Nawaitut-tayammuma li istibaahatish-shaalati fardhal lillahi ta'aalaa. (Berniat itu adalah semasa hendak memindahkan debu itu ke muka atau semasa menepuk debu itu.)  
  2. Menyapu debu tanah ke muka. 
  3. Menyapu debu tanah di tangan(dengan menggunakan debu yang lain selain daripada yang disapu ke muka tadi)  sehinggalah ke siku. (Walaupun ada pendapat mengatakan tidak perlu sampai ke siku memadai di pergelangan tangan sahaja).  
  4. Tertib.

Peringatan 
Debu tanah yang hendak disapu ke tangan hendaklah tidak bercampur dengan tanah yang telah disapu ke muka.

Perkara Sunat Tayamum
  • Membaca bismillah
  • Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri
  • Berturut-turut

Perkara Yang Membatalkan Tayamum
  • Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah juga membatalkan tayamum.  
  • Murtad 
  • Mendapat air.  Sekiranya telah memperolehi air setelah bertayamum,  tetapi belum solat,  perlulah menggunakan air untuk berwuduk dan bersolat.  Sekiranya sesudah bersolat(dengan bertayamum)  tiba-tiba adanya air,  solat tadi tidak wajib diulangi.

Peringatan
Setiap tayamum hanya boleh mengerjakan satu solat fardu dan beberapa solat sunat sahaja.
TAYAMUM TAYAMUM Reviewed by Unknown on 20:31:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.